Bayangkan, anda sedang melayari Internet, namun tiba-tiba capaian Internet anda menjadi lembab 
dan akhirnya tiada respon atau ralat seperti “Tiada Sambungan ke Internet” dipaparkan pada peranti anda.

Besar kemungkinan, anda sedang mengalami masalah sambungan Internet terputus disebabkan beberapa faktor tertentu.
Antara faktor yang biasanya berlaku ialah:

  • Masalah sambungan/infrastruktur
  • Kerosakan kabel fibre
  • Pembaikian berjadual
  • Kerosakan peralatan (modem/Wifi Router)
  • Sekatan akaun – bil belum dijelaskan

Mengenalpasti Masalah Internet Down

Masalah Internet down boleh dikenalpasti dengan melihat pada modem atau combo box Unifi anda.

Sekiranya ada lampu LOS menyala atau tiada lampu menyala pada bahagian PON/AUTH (bergantung kepada model).

Langkah 1: Pastikan bil anda telah dijelaskan

Tunggakan pada bil mungkin menyebabkan akaun anda disekat. 
Sila jelaskan bil sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan perkhidmatan anda terganggu.

Sekiranya anda baru sahaja melanggan Unifi, mungkin juga anda terlupa untuk menjelaskan bayaran pendahuluan (upfront payment)
Bayaran pendahuluan perlu dijelaskan dalam masa 10 hari selepas pemasangan berjaya.

Langkah 2: Pastikan kabel fibre anda dalam keadaan baik

Kabel fibre sebenarnya amat mudah patah kerana mengandungi gentian kaca (fibre) di dalamnya. Sekiranya anda ada melakukan kerja pembersihan rumah atau mengalihkan perabot, mungkin kabel fibre anda secara tidak sengaja telah terpatah.

Sekiranya anda mengesan kerosakan pada kabel fibre anda, anda perlu mendapatkan khidmat “kontraktor pendawaian” untuk membaiki kerosakan, sama seperti anda menghadapi masalah kebocoran paip, anda perlu mendapatkan khidmat tukang paip.

Langkah 3: Reset Modem / Combo Box Unifi anda

Anda boleh menutup plug kuasa yang bersambung ke Modem/Combo Box Unifi anda buat sementara. Selepas beberapa minit, cuba pasangkan (on) kembali dan tunggu beberapa minit lagi untuk peranti anda bersambung ke rangkaian Internet.

Langkah 4: Unifi EasyFix

Sekiranya anda masih mengalami masalah Internet down selepas mencuba langkah-langkah di atas, anda boleh cuba menggunakan fungsi EasyFix melalui aplikasi MyUnifi atau melalui laman web EasyFix

Langkah 5: Hubungi Khidmat Pelanggan TM

Sekiranya kesemua langkah di atas tidak dapat membantu anda untuk mendapatkan sambungan Internet semula, 
anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan TM.

Hanya pihak Khidmat Pelanggan TM yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini, dan bukannya ejen kerana ejen tidak mempunyai akses untuk memeriksa status akaun, status pembaikian, atau sebarang fungsi bantuan teknikal.

Khidmat Pelanggan TM boleh dihubungi melalui beberapa saluran berikut:

(1) Talian Khidmat Pelanggan TM
Dail: 100 / +603 2106 3001

Bantuan Teknikal: 8.00am – 10.00pm / Pertanyaan Bil: 8.00am – 5.30pm
NOTA: Untuk menghubungi talian ini, anda perlu memasukkan nombor Perkhidmatan Unifi – sila rujuk bil Unifi anda untuk nombor perkhidmatan.

(2) Live Chat
Melalui aplikasi MyUnifi
atau laman web: Live Chat

Sekian. Semoga bermanfaat!