HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai
pendaftaran & pemasangan Unifi.

018-375 5580

Hubungi kami untuk bantuan berikut:

  • Pertanyaan Pakej & Promosi
  • Semakan Liputan
  • Pendaftaran & Pemasangan Unifi Fibre

Bukan Berkaitan Pendaftaran & Pemasangan?

Kami merupakan ejen jualan Unifi Fibre dan perkhidmatan kami hanya untuk pendaftaran & pemasangan Unifi Fibre sahaja.

Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai akaun Unifi anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan TM.

Talian Khidmat Pelanggan TM
Dail: 100 / +603 2106 3001

Bantuan Teknikal: 8.00am – 10.00pm

Pertanyaan Bil: 8.00am – 5.30pm

Urus akaun Unifi anda dengan mudah.

Muatturun aplikasi Unifi Universe untuk pelbagai urusan berkaitan akaun anda.

SOALAN LAZIM (FAQs)

Bagaimana membuat semakan liputan Unifi Fibre?

Anda boleh hubungi kami melalui panggilan atau whatsapp: 018-375 5580

Bagaimana untuk melanggan/mendaftar Unifi Fibre?

Anda boleh pilih menu navigasi di atas untuk membuat pilihan pakej yang bersesuaian.
Pendaftaran boleh dibuat secara online tanpa perlu ke kaunter.

Bagaimana untuk melihat bil Unifi?

Bil unifi dihantar secara eletronik ke alamat email yang didaftarkan.
Sila periksa peti email anda termasuk folder “Spam”.

Anda boleh juga mendapatkan bil melalui applikasi MyUnifi dan Unifi Universe.

Bantuan teknikal/melaporkan kerosakan?

Untuk bantuan teknikal dan melaporkan kerosakan, anda boleh berhubung dengan Khidmat Pelanggan TM sama ada melalui panggilan telefon, livechat atau melalui applikasi myunifi.

Khidmat Pelanggan TM 100 / +603-2241 1290
Livechat: https://chatbot.unifi.com.my

Apa itu nombor perkhidmatan dan kod kawasan?

Untuk menghubungi TM 100, anda perlu memasukkan nombor perkhidmatan Unifi termasuk kod kawasan.
Nombor perkhidmatan Unifi termasuk kod kawasan adalah nombor telefon Unifi anda yang didaftarkan bersama pakej unifi Home atau unifi Business.

Sila rujuk kepada bil Unifi untuk mendapatkan nombor perkhidmatan Unifi / nombor telefon Unifi anda. Anda juga boleh merujuk kepada email pengaktifan Unifi yang diterima semasa pendaftaran.

Bagaimana memindahkan (relocate) Unifi sedia ada?

Untuk urusan pemindahan perkhidmatan unifi Fibre, sila kunjungi Unifi Store atau TMPoint berhampiran.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi MyUnifi atau Unifi Universe.

Bagi pemindahan Unifi sedia ada, tiada peralatan baru (WiFi Router/Combo box) yang akan disediakan. Anda perlu membawa peralatan sedia ada.

Walau bagaimanapun, permohonan pemindahan mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu. Sekiranya kontrak anda telah tamat, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat pendaftaran baharu yang lebih pantas dan dapatkan peralatan baharu Unifi.

Bagaimana untuk menamatkan perkhidmatan Unifi?

Untuk urusan penamatan perkhidmatan unifi Fibre, sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk maklumat lanjut atau kunjungi Unifi Store atau TMPoint berhampiran.

Sila ambil perhatian, penamatan dalam tempoh kontrak akan dikenakan penalti oleh pihak TM.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejenwifi.com?

Sebagai ejen jualan TM, kami menawarkan perkhidmatan pendaftaran unifi Fibre Home & Biz kepada para pelanggan yang berminat untuk melanggan unifi Fibre.

Kami bukanlah pegawai Khidmat Pelanggan yang mempunyai akses kepada sistem bil dan teknikal TM, jadi pertanyaan bukan berkaitan pendaftaran perlulah diajukan kepada pihak Khidmat Pelanggan TM.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendaftar unifi melalui kami, kami sedia membantu melayani pertanyaan anda.

Apakah perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh ejenwifi.com?

Ejen jualan unifi TIDAK menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Pertanyaan bil – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
  • Bayaran bil – sila rujuk kaedah pembayaran bil unifi yang sah
  • Bantuan teknikal, melaporkan kerosakan dan sebagainya – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
  • Status kerosakan & pembaikian – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
  • Pemindahan unifi – sila ke TMPoint
  • Penamatan unifi – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk semakan status kontrak dan serahan notis penamatan

Soalan lazim (FAQs) di atas adalah untuk rujukan bagi kemudahan pelanggan sahaja dan bukannya Terma & Syarat lengkap yang dikenakan oleh pihak TM.
Sila rujuk Terma & Syarat perkhidmatan Unifi untuk maklumat lengkap.