Ingin mendapatkan perkhidmatan Unifi Home bagi bukan Warganegara Malaysia sama ada pekerja atau penuntut warga asing yang menetap di Malaysia bagi jangka masa panjang.

Sebenarnya, tidak banyak perbezaan antara pemohon warganegara dan bukan warganegara. Yang membezakan antara keduanya adalah keperluan dokumen yang berbeza selain deposit yang dikenakan.

 

1. Keperluan Dokumen Pengenalan Diri (Passport)

Pemohon daripada kalangan warga asing perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri berupa passport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh pendaftaran.

Sila kemukakan halaman pertama passport yang mengandungi maklumat penting seperti Gambar Pemegang Passport, Nombor Passport, Nama Penuh, Tarikh Lahir & Tarikh Tamat Sah Passport.

 

2. Keperluan Deposit bagi Pemohon Unifi Warga Asing

Warga asing yang ingin melanggan Unifi Home Fibre perlu mengemukakan deposit/cagaran bernilai RM500 pada masa pendaftaran. Deposit ini akan disimpan oleh pihak TM sehingga tamat tempoh kontrak, atau apabila pelanggan ingin menamatkan langganan dan dikembalikan melalui Bil Akhir Unifi.

 

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & MELANGGAN UNIFI HOME FIBRE,
SILA HUBUNGI KAMI: 018-375 5580 (Call/Whatsapp)