Sekiranya anda baharu sahaja melanggan unifi Fibre, berkemungkinan besar anda tidak lagi mendapat peralatan telefon bersama langganan anda. Mungkin juga anda mengalami masalah kerosakan set telefon yang dibekalkan oleh pihak TM sebelum ini.

Memandangkan penggunaan telefon tetap semakin berkurangan, maka pihak TM tidak lagi menyertakan set telefon untuk pelanggan unifi. Namun, anda masih boleh menggunakan telefon tetap untuk kediaman atau perniagaan anda kerana bersama-sama setiap langganan unifi ada disertakan talian telefon VoIP iaitu talian yang membolehkan anda menggunakan telefon rumah atau pejabat (talian tetap).

Sesetengah pakej unifi Home dan pakej unifi Biz juga didatangkan dengan penawaran pek panggilan bulanan di mana anda boleh membuat panggilan suara secara percuma.

Sebagai contoh, pakej Unifi 300Mbps & ke atas biasanya datang bersama pek panggilan suara 600 minit setiap bulan. Manakala bagi pelanggan pakej perniagaan Unifi Business, setiap pakej didatangkan bersama SVP50 / SVP70 yang memberi nilai panggilan sehingga RM70 setiap bulan.

Sila rujuk butiran bil anda sekiranya ada penawaran pek panggilan suara bersama pakej yang dilanggan, atau hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk bantuan lanjut.

Sekiranya anda memerlukan set telefon tetap sama ada untuk rumah atau kedai/pejabat, anda boleh membeli dan memasang sendiri pada peralatan unifi anda.

Telefon Berwayar (Corded Phones)

Telefon berwayar merupakan set asas telefon yang mengandungi gagang dan base yang disambungkan dengan wayar. Kelebihan set jenis ini adalah lebih murah dan tidak memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi.

Selain itu anda mempunyai pilihan untuk memasangnya pada dinding untuk kemudahan.

Home Office Corded Telephone Telefon Desk Table Wall Basic Landline Pejabat Rumah Caller ID Display

Home Office Corded Telephone Telefon Desk Table Wall Basic Landline Pejabat Rumah Caller ID Display

Desktop Corded Phone L019 TM Unifi Maxis Home Office Landline Telephone Telefon Rumah

Desktop Corded Phone L019 TM Unifi Maxis Home Office Landline Telephone Telefon Rumah

Telefon Wayarles (DECT)

DECT merupakan jenis telefon talian tetap tanpa wayar di mana gagangnya tidak disambungkan melalui sebarang kabel atau wayar ke tapak/base.

Telefon jenis ini memudahkan pengguna untuk berbual tanpa terikat pada satu tempat sahaja, seumpama menggunakan telefon bimbit. Anda juga boleh menyambungkan lebih daripada 1 set secara tanpa wayar yang memudahkan pindahan panggilan (call transfer), perbualan pelbagai hala (multi-call) dan sebagainya.

ALCATEL S250 Cordless DECT Phone Maxis TM Unifi Home Office Landline Telephone Telefon Rumah

ALCATEL S250 Cordless DECT Phone Maxis TM Unifi Home Office Landline Telephone Telefon Rumah

MOTOROLA C601 Digital DECT Cordless Phone with loudspeaker TM Unifi Home Office speaker Telephone Telefon Rumah

MOTOROLA C601 Digital DECT Cordless Phone with loudspeaker TM Unifi Home Office speaker Telephone Telefon Rumah

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set telefon untuk kegunaan di rumah mahupun kedai/pejabat, bolehlah buat pembelian secara online melalui link di atas, tidak perlu ke kedai yang mungkin lebih mahal dan merugikan masa dan kos tambahan (tol, petrol dan sebagainya)

Selepas anda membuat pembelian dan menerima set telefon anda, pemasangan boleh dilakukan sendiri dengan mudah.

Perlukan bantuan lanjut mengenai pemasangan set Telefon?

Sekiranya anda mendaftar Unifi melalui kami (ejenwifi.com):
Anda boleh whatsapp kami pada bila-bila masa untuk bantuan lanjut daripada panduan pemasangan, pertanyaan kadar caj panggilan, tips berguna dan sebagainya. Kami sedia memberikan panduan lengkap eksklusif kepada para pelanggan kami yang budiman.

Sekiranya anda mendaftar Unifi melalui ejen lain atau TM Point / bukan melalui kami (ejenwifi.com):
Anda boleh merujuk kepada manual pemasangan yang disertakan bersama pembelian anda atau boleh hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk bantuan lanjut tentang kaedah pemasangan.