Terma & Syarat
Pendaftaran Unifi
Sekiranya anda berminat untuk melanggan unifi Fibre Home atau Business,
anda boleh merujuk kepada maklumat di bawah untuk syarat-syarat am langganan unifi Fibre.
Maklumat ini disediakan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat ringkas mengenai langganan perkhidmatan unifi.
Untuk syarat-syarat dan terma terperinci sila muatturun dokumen lengkap seperti yang disertakan di bahagian paling bawah halaman ini.
Bagaimana membuat semakan liputan Unifi Fibre?
Anda boleh hubungi kami melalui panggilan atau whatsapp: 018-375 5580
Bagaimana untuk melanggan/mendaftar Unifi Fibre?
Anda boleh pilih menu navigasi di atas untuk membuat pilihan pakej yang bersesuaian.
Pendaftaran boleh dibuat secara online tanpa perlu ke kaunter.
Kelayakan untuk melanggan Unifi
Pendaftaran Unifi terbuka kepada warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas semasa pendaftaran.
Pihak TM berhak menolak permohonan anda atas sebab terdapat rekod tunggakan dalam sistem TM atau mana-mana semakan kredit yang dirasakan sesuai, tanpa mengemukakan apa-apa alasan.
Dokumen pendaftaran - Individu
Bagi pemohon individu, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Mykad
- Passport (bukan warganegara)
- Salinan bil utiliti (elektrik/air)
Dokumen pendaftaran - Perniagaan/Enterprise
Bagi pemohon Perniagaan/Enterprise, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- SSM Borang D/E (Sijil Pendaftaran/Pembaharuan Perniagaan)
- SSM Borang B (Maklumat Perniagaan & Maklumat Pemilik Perniagaan)
- Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemilik atau salah seorang pekongsi
- Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
- Surat permohonan rasmi
Dokumen pendaftaran - Syarikat
Bagi pemohon Syarikat Sdn Bhd, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- SSM Form 9 yang disahkan secara digital atau oleh Setiausaha Syarikat
- SSM Section 14 (atau Form 24)
- SSM Section 58 (atau Form 49)
- SSM Form 13 (sekiranya berlaku pertukaran nama syarikat)
- Salinan Kad Pengenalan/Passport Pengarah Syarikat
- Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
- Surat permohonan rasmi
Dokumen pendaftaran - Profesional
Bagi pemohon Professional seperti Firma Guaman, Arkitek, Klinik dan sebagainya, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sijil Perakuan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Badan Professional
- Salinan Kad Pengenalan/Passport Pemilik/Rakan Kongsi
- Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
- Surat permohonan rasmi
Dokumen pendaftaran - Koperasi
Bagi pemohon Koperasi, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sijil Pendaftaran Koperasi yang dikeluarkan oleh SKM
- Senarai Lembaga Pengarah yang berkuatkuasa
- Salinan Kad Pengenalan/Passport salah seorang Ahli Lembaga Pengarah
- Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
- Surat permohonan rasmi
Dokumen pendaftaran - Pertubuhan
Bagi pemohon Pertubuhan/Persatuan/Kelab, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)
- Senarai AJK yang berkuatkuasa
- Salinan Kad Pengenalan/Passport AJK yang diberi kuasa
- Salinan bil utiliti premis (elektrik/air)
- Surat permohonan rasmi
Surat permohonan rasmi (Unifi Business)
Permohonan Unifi Business perlu dikepilkan bersama satu surat permohonan rasmi daripada syarikat/perniagaan/organisasi yang ditaip atas letterhead rasmi.
Maklumat penting yang perlu ada dalam kandungan surat ini adalah:
- Alamat pemasangan Unifi Business
- Pakej yang diperlukan
Selain itu surat permohonan rasmi ini perlu dicop dengan cop rasmi syarikat/perniagaan/organisasi.
Langganan minimum / Kontrak
Langganan minimum Unifi adalah bergantung kepada penawaran pakej atau promosi tertentu.
Sekiranya pelanggan gagal memenuhi kontrak langganan, pihak TM berhak untuk mengenakan caj penalti sebanyak mana langganan yang belum dipenuhi dan dikira pada harga asal pakej langganan, tanpa mengambilkira diskaun/promosi.
Bayaran Pendahuluan & Deposit
Bagi Warganegara & Perniagaan, pelanggan perlu menjelaskan bayaran pendahuluan (Upfront Payment) sebanyak RM100 dalam masa 14 hari SELEPAS pemasangan berjaya.
Bayaran pendahuluan ini perlu dikreditkan ke dalam akaun perkhidmatan unifi pelanggan dan akan digunakan untuk menjelaskan bil perkhidmatan.
Pihak TM akan menghantar SMS dan/atau e-mail peringatan mengenai keperluan pembayaran bayaran pendahuluan.
Sekiranya pelanggan gagal menjelaskan bayaran pendahuluan dalam masa 14 hari, perkhidmatan unifi akan digantung sehingga pihak TM menerima bayaran tersebut. Sekiranya masih tiada bayaran dibuat dalam masa 30 hari, pihak TM akan membatalkan langganan dan mengenakan caj penamatan awal sewajarnya.
Bagi Bukan Warganegara pula, bayaran deposit sebanyak RM500 akan dikenakan sebelum pemasangan dapat dilakukan. Deposit ini akan disimpan oleh pihak TM dan hanya akan dikembalikan selepas pelanggan menamatkan langganan. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membuat penamatan awal sebelum memenuhi kontrak dan penalti akan turut dikenakan.
Bagaimana untuk melihat bil Unifi?
Bil unifi dihantar secara eletronik ke alamat email yang didaftarkan.
Sila periksa peti email anda termasuk folder “Spam”.
Anda boleh juga mendapatkan bil melalui applikasi MyUnifi dan Unifi Universe.
Bantuan teknikal/melaporkan kerosakan?
Untuk bantuan teknikal dan melaporkan kerosakan, anda boleh berhubung dengan Khidmat Pelanggan TM sama ada melalui panggilan telefon, livechat atau melalui applikasi myunifi.
Khidmat Pelanggan TM 100 / +603-2241 1290
Livechat: https://chatbot.unifi.com.my
Apa itu nombor perkhidmatan dan kod kawasan?
Untuk menghubungi TM 100, anda perlu memasukkan nombor perkhidmatan Unifi termasuk kod kawasan.
Nombor perkhidmatan Unifi termasuk kod kawasan adalah nombor telefon Unifi anda yang didaftarkan bersama pakej unifi Home atau unifi Business.
Sila rujuk kepada bil Unifi untuk mendapatkan nombor perkhidmatan Unifi / nombor telefon Unifi anda. Anda juga boleh merujuk kepada email pengaktifan Unifi yang diterima semasa pendaftaran.
Bagaimana memindahkan (relocate) Unifi sedia ada?
Untuk urusan pemindahan perkhidmatan unifi Fibre, sila kunjungi Unifi Store atau TMPoint berhampiran.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi MyUnifi atau Unifi Universe.
Bagi pemindahan Unifi sedia ada, tiada peralatan baru (WiFi Router/Combo box) yang akan disediakan. Anda perlu membawa peralatan sedia ada.
Walau bagaimanapun, permohonan pemindahan mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu. Sekiranya kontrak anda telah tamat, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat pendaftaran baharu yang lebih pantas dan dapatkan peralatan baharu Unifi.
Bagaimana untuk menamatkan perkhidmatan Unifi?
Untuk urusan penamatan perkhidmatan unifi Fibre, sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk maklumat lanjut atau kunjungi Unifi Store atau TMPoint berhampiran.
Sila ambil perhatian, penamatan dalam tempoh kontrak akan dikenakan penalti oleh pihak TM.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejenwifi.com?
Sebagai ejen jualan TM, kami menawarkan perkhidmatan pendaftaran unifi Fibre Home & Biz kepada para pelanggan yang berminat untuk melanggan unifi Fibre.
Kami bukanlah pegawai Khidmat Pelanggan yang mempunyai akses kepada sistem bil dan teknikal TM, jadi pertanyaan bukan berkaitan pendaftaran perlulah diajukan kepada pihak Khidmat Pelanggan TM.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendaftar unifi melalui kami, kami sedia membantu melayani pertanyaan anda.
Apakah perkhidmatan yang tidak ditawarkan oleh ejenwifi.com?
Ejen jualan unifi TIDAK menawarkan perkhidmatan berikut:
- Pertanyaan bil – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
- Bayaran bil – sila rujuk kaedah pembayaran bil unifi yang sah
- Bantuan teknikal, melaporkan kerosakan dan sebagainya – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
- Status kerosakan & pembaikian – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100
- Pemindahan unifi – sila ke TMPoint
- Penamatan unifi – sila hubungi Khidmat Pelanggan TM 100 untuk semakan status kontrak dan serahan notis penamatan
Terma & syarat lengkap Unifi Fibre
erma & Syarat yang dipaparkan pada laman web ejenwifi.com hanyalah sebahagian dan sebagai panduan ringkas sahaja. Langganan unifi Fibre adalah tertakluk kepada terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak TM. Sebarang perubahan dan percanggahan maklumat perlulah merujuk kepada dokumen tarkini daripada pihak TM seperti di bawah:
- Terms & Conditions – unifi Home
- Terms & Conditions – unifi Business
Soalan lazim (FAQs) di atas adalah untuk rujukan bagi kemudahan pelanggan sahaja dan bukannya Terma & Syarat lengkap yang dikenakan oleh pihak TM.
Sila rujuk Terma & Syarat perkhidmatan Unifi untuk maklumat lengkap.
Urus akaun Unifi anda dengan mudah.
Muatturun aplikasi Unifi Universe untuk pelbagai urusan berkaitan akaun anda.
